1.0
Pengenalan
Pada
masa kini, arus globalisasi yang semakin mencabar telah memberi pelbagai impak
dan perubahan yang amat besar kepada negara sama ada dari segi politik, ekonomi
dan sosial. Susulan daripada Dasar Ekonomi Baru(DEB), kerajaan telah memperuntukkan
sejumlah dana yang besar bagi memajukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi
merealisasikan matlamatnya.
Rentak
pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun 2015 kekal berdaya tahan dan
mencatatkan pertumbuhan antara lima peratus hingga enam peratus (Dewan Ekonomi,
2014). Dengan jangkaan perkembangan
ekonomi yang positif itu, diharapkan laluan kepada status negara maju dan
berpendapatan tinggi pada tahun 2020 adalah lebih mudah. Menurut Kementerian
Kewangan, pertumbuhan akan diterajui oleh pihak swasta selaras dengan usaha
kerajaan untuk mengukuhkan peranan sektor swasta dalam ekonomi, selain didorong
juga oleh peningkatan permintaan luar serta aktiviti dalam negeri yang
dipelopori oleh Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang semakin berdaya tahan.
Peranan
dan sumbangan Industri Kecil dan Sederhana(IKS) semakin penting untuk mencapai
Wawasan 2020, sekali gus menjadikan
negara ini sebagai sebuah negara maju serta berpendapatan tinggi.
Industri Kecil dan Sederhana(IKS) banyak membuka peluang pekerja, selain
memberikan sumbangan bagi menjimatkan tukaran wang asing serta mewujudkan agihan pendapatan yang lebih baik.
Menurut
Aisyah Syahidah (2014), di samping dapat
mewujudkan dan meningkatkan kemahiran dalam kalangan tenaga kerja, Industri Kecil
dan Sederhana(IKS) dapat membantu pemindahan teknologi dari luar negara.
Menurut
Siti Nurazira Mohd Daud (2015), ketidaktentuan keadaan ekonomi dunia menyaksikan Malaysia melalui cabaran
terbesar untuk mengekalkan momentum ekonomi semasa, selain harus mendepani
cabaran defisit fisikal. Bagi menangani keadaan ini, beberapa dasar dan
tindakan bersepadu oleh kerajaan melalui dasar fisikal dan monetari
dilaksanakan bagi memastikan kelangsungan ekonomi, kebajikan dan kesejahteraan
rakyat serta kestabilan ekonomi negara dapat dikekalkan. Melalui beberapa dasar
ini, terdapat beberapa inisiatif yang memberi tumpuan kepada kepesatan
pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Malaysia mempunyai cita-cita
untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Berbaki kurang enam tahun
lagi, melalui beberapa dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini (IKS)
sudah pun menampakkan hasilnya. Berlandaskan laluan model pertumbuhan ekonomi,
Malaysia memfokuskan aspek penjanaan pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan
kecekapan produktiviti. Dalam pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS),
kecekapan produktiviti amatlah ditekankan dan merupakan salah satu daripada
faktor yang menyumbang kepada kejayaan industri ini. Ini juga telah terbukti di
kebanyakan negara luar.
Produktiviti
merupakan kunci dan resepi kejayaan perindustrian kecil dan sederhana(IKS) di
kebanyakan negara. Kejayaan China,India dan Korea Selatan melonjakkan ekonomi
melalui kecekapan pengeluaran produktiviti telah membuka mata banyak pihak termasuk
negara maju.
Menurut
Suhaila Nadzri et al (2014), di Malaysia kerajaan di pelbagai peringkat
memainkan peranan yang penting dalam menarik minat masyarakat terutamanya
bumiputera di negara ini untuk menceburi bidang perusahaan Kecil dan Sederhana
(IKS). Ini memandangkan bidang ini memberikan sumbangan yang besar kepada
pendapatan negara. Menurut Laporan Tahunan PKS 2012/13 oleh Majlis PKS
Kebangsaan, sumbangan IKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) keseluruhan
mengikut aktiviti ekonomi utama telah meningkat daripada 32.5 peratus pada
tahun 2011 kepada 32.7 peratus pada tahun 2012 (Suhaila Nadzri et al, 2014).
Malah, usahawan bukan sahaja mencipta perniagaan baru malahan meningkatkan
peluang pekerjaan yang menjurus kepada sumber penciptaan penemuan terbaru,
teknologi baru dan inovasi. Negara turut memperolehi keuntungan berlipat ganda
dari sektor keusahawanan terutamanya usahawan luar bandar. Selain keuntungan
ekonomi, faedah lain turut dirasai oleh masyarakat dari segi taraf kehidupan,
tanggungjawab sosial dan pengukuhan industri.
2.0
Definisi
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Luar Bandar
Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) boleh didefinisikan mengikut aspek-aspek tertentu
seperti jenis perniagaan dari segi nilai output,jumlah kerja yang diupah, saiz
aset tetap, modal, jualan dan sebagainya.
Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) mempunyai pelbagai definisi mengikut peranan, fungsi
dan organisasi yang berkaitan. Berdasarkan SME Corp. Malaysia (2014), definisi
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) adalah sektor atau syarikat pembuatan yang
jualannya tidak melebihi RM 50 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak
melebihi 200 orang. Dari segi perkhidmatan dan sektor lain, jualan tidak
melebihi RM 20 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang.
Manakala Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar pula bermaksud segala
aktiviti pembuatan atau perkhidmatan yang jualan kurang daripada 20-50 juta dan
pekerja 75- 200 orang di luar bandar. Definisi ini jelas menunjukkan bahawa
segala industri desa atau perkhidmatan perniagaan yang dijalankan di luar
bandar atau kampung adalah boleh dikategorikan sebagai IKS luar bandar(Bank
Negara Malaysia, 2009).
Di
Malaysia sebuah agensi telah ditubuhkan dengan objektif untuk membangunkan dan
mengkordinasikan program-program IKS iaitu Perbadanan Pembangunan Industri
Kecil dan Sederhana. Agensi ini menafsirkan IKS sebagai sebuah syarikat yang
mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM 25 juta dan pekerja sepenuh
masa tidak melebihi 150 orang.
Manakala
menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), mendefinisikan
IKS dari sudut jumlah modal iaitu Industri Sederhana adalah kurang daripada RM
500,000 dan Industri Sederhana adalah antara RM500,000 hingga RM 2.5 juta.
Secara
khususnya, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di luar bandar boleh dikenal
pasti melalui beberapa aspek, contohnya dari aspek jenis keluaran, IKS luar
bandar tidak memerlukan tahap teknologi yang terlalu tinggi serta mesin yang
canggih dan juga pekerja yang berkemahiran tinggi. Contoh IKS luar bandar
adalah industri makanan, industri tekstil, industri perabot, industri
kraftangan dan industri plastik. Dari segi organisasi pula, Industri Kecil dan
Sederhana(IKS) di luar bandar adalah lebih mudah, berskala kecil, kurang
birokratik dan kurang formal berbanding dengan industri besar. Pengkhususan di
dalam sesuatu kepakaran dan bidang dalam organisasi IKS luar bandar tidak dapat
diamal sepenuhnya. Kebanyakan organisasinya terdiri daripada ahli keluarga atau
saudara mara.
Dari
aspek modal pula, IKS luar bandar kebanyakannya terdiri daripada syarikat
sendirian berhad, perkongsian atau milikan tunggal yang kebanyakannya bermodal
kecil dan sederhana yang biasanya tidak melebihi RM 2.5 juta. Dari aspek lokasi
pula, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar lazimnya terletak di
pinggir bandar atau kampung yang nilai tanahnya adalah jauh lebih murah jika
dibandingkan dengan lot perindustrian bandar. Ada juga sesetengah IKS luar
bandar yang menggunakan kawasan rumah kediaman sendiri sebagai kilang atau
pusat pengeluaran. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di luar bandar
mengeluarkan hampir semua barang yang berskala kecil seperti barang pengguna,
barang sokongan industri besar seperti sektor pembuatan makanan.
Menurut
Bank Negara Malaysia (2009), Industri Kecil dan Sederhana (IKS) terlibat dalam
berbagai-bagai aktiviti ekonomi. 33 peratus daripadanya terlibat dalam
perdagangan edaran, manakala 23 peratus terlibat dalam aktiviti perkhidmatan
lain, iaitu daripada hotel dan restoran hinggalah kepada perkhidmatan
perniagaan. Dari segi struktur pemilikan, 88 peratus IKS merupakan perniagaan
milik keluarga. Secara umum, saiz IKS amatlah kecil, dengan 77 peratus daripada
mereka mempunyai aset kurang daripada 50 orang pekerja sepenuh masa. Oleh sebab
saiznya kecil, kebanyakan IKS tertumpu pada pasaran dalam negeri . Hanya 8
peratus daripada IKS mengeksport produk mereka. (Bank Negara Malaysia, 2009).
3.0
Tahap
Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Luar Bandar
Menurut
Bank Negara (2009), hasil bancian dan kaji selidik menunjukkan bahawa terdapat
528,966 perindustrian adalah terdiri daripada Industri Kecil dan
Sederhana(IKS). Jumlah ini merupakan 99.2 peratus daripada jumlah pertubuhan
perniagaan di Malaysia, manakala baki sebanyak 4.136 pertubuhan perniagaan
merupakan perusahaan besar.
Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan bahagian terbesar pertubuhan perniagaan
dalam ketiga-tiga sektor iaitu sektor pertanian, perkilangan dan perkilangan
dan perkhidmatan. Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) dalam sektor perkhidmatan merupakan kategori terbesar, dengan
lebih 449,004 IKS (86.% daripada jumlah
IKS) terlibat dalam sektor ini. Kebanyakan daripada IKS ini terlibat dalam
subsektor perkhidmatan seperti runcit,restoran, borong,dan pembuatan. Daripada
jumlah itu, sebahagian besar sektor atau penglibatan IKS ini merupakan daripada
IKS luar Bandar (Suhaila Nadzri et al, 2014). Tahap Industri Kecil dan Sedehana
(IKS) di luar bandar semakin meningkat saban tahun. Ini dapat dibuktikan dengan
pertambahan bilangan penyertaan IKS di semua kawasan atau subsektor dalam
perusahaan tersebut. Keadaan ini banyak menyumbang kepada peningkatan jumlah
keterlibatan syarikat-syarikat kecil dalam Industri ini.
Berdasarkan
kepada dapatan dan data yang diperolehi daripada kebanyakan kajian yang
dilakukan oleh Bank Negara Malaysia, tahap pembangunan Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) di Malaysia semakin meningkat dan menjadi salah satu penyumbang
utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terutamanya IKS di luar bandar.
Suntikan dan dasar mesra perniagaan yang dilaksanakan oleh kerajaan banyak
membantu kepesatan pembangunan IKS di luar bandar (Shamsiah Abdul Kadir, 2013).
Menurut
Hanafi Timan (2013), berdasarkan sasaran Pelan Induk Perusahaan Kecil dan
Sederhana (IKS) 2012-2020, lebih banyak syarikat baharu akan dilahirkan dalam
lanskap perniagaan di negara ini khususnya peniaga luar bandar yang baru
berjinak dalam IKS. Pelan ini juga bagi memastikan sektor IKS luar bandar dapat
berdaya saing untuk memacu pertumbuhan ekonomi domestik. Sehubungan dengan itu,
sumbangan sektor perkhidmatan dijangka bertambah daripada 58 peratus Keluaran
Dalam Negara Kasar(KDNK) pada tahun 2011 kepada 65 peratus menjelang tahun
2020. Oleh sebab sektor perkhidmatan banyak diceburi oleh Industri Kecil dan
Sederhana luar bandar, maka pembangunan utama yang memberi kesan kepada IKS
ialah liberalisasi yang berterusan terhadap sektor tersebut yang dalam jangka
masa panjang berupaya meningkatkan produktiviti, mendorong persaingan dan
mewujudkan rantaian yang lebih kukuh dengan syarikat besar.
Platform
yang disediakan oleh kerajaan banyak membantu peniaga dalam Industri Kecil dan
sederhana (IKS) luar bandar dan berjaya mempercepatkan usaha peserta IKS tempatan luar bandar untuk
meneroka peluang melebarkan sayap mereka sehingglah ke peringkat antarabangsa.
Melalui usaha yang dilakukan oleh Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia
(Matrade) dan Malaysia International Halal Showcase (MIHAS), perkembangan
positif Industri Kecil dan Sederhana(IKS) khususnya luar bandar dalam meneroka
peluang pasaran pada peringkat global ini, memberikan gambaran bahawa
perancangan yang disasarkan dalam Pelan Induk PKS 2012-2020 yang menggariskan
matlamat mencapai sumbangan sektor berkenaan sebanyak 41 peratus kepada KDNK,
dapat direalisasikan. Hal ini memperlihatkan perubahan permainan (game changer) dalam industri, sekali gus
mentransformasikan IKS menjadi pemain antarbangsa pada masa depan (Hanafi
Timan, 2013).
Menurut
Aisyah Syahidah (2014), kira-kira 1.2 peratus daripada 6.2 peratus Keluaran
Dalam Negara Kasar(KDNK) bagi suku pertama tahun 2014 disumbangkan oleh
kejayaan Industri Kecil dan sederhana(IKS) di seluruh negara. Sudah tentu
sebahagian daripadanya adalah terdiri daripada IKS luar bandar. Berdasarkan
maklumat terbaharu, SME Corp. merekodkan , daripada 98.5 peratus syarikat IKS
yang berdaftar di seluruh negara, lebih 88 peratus syarikat telah diluluskan
pembiayaannya oleh institusi perbankan. Selain itu, pelbagai bantuan disalurkan
kepada IKS bagi meningkatkan keupayaan syarikat, termasuklah dari segi
penjenamaan semula,pembungkusan produk yang lebih menarik, serta bantuan kursus
kemahiran bagi meningkatkan tahap kecekapan syarikat seterusnya membawa mereka
menerokai peluang sehingga pasaran antarabangsa. Berdasarkan tinjauan ini,
kepesatan Industri Kecil dan Sederhana semakin menampakkan kemajuannya.
4.0
Kepentingan
dan Sumbangan IKS Luar Bandar Terhadap Pembangunan Ekonomi Negara
Selaras
dengan usaha kerajaan ingin memajukan kawasan luar bandar, Industri Kecil dan
Sederhana(IKS) merupakan usaha terbaik dalam menjalinkan usaha sama dalam
memajukan ekonomi luar bandar dan seterusnya mengangkat taraf ekonomi penduduk
luar bandar. Industri Kecil dan Sederhana merupakan salah satu sektor industri
yang menyumbang kepada pendapatan negara dan adalah amat wajar sekiranya
industri ini semakin diberi tumpuan dan diminati oleh golongan peniaga luar
bandar. Contoh Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ialah kilang kraf tangan,
kilang keropok, perusahaan batik, kilang makanan dan lain-lain.
Terdapat
banyak kepentingan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kepada masyarakat dan
negara. Salah satu kepentingan IKS adalah berupaya meningkatkan ekonomi
masyarakat terutamanya penduduk luar bandar. Seperti yang diketahui, industri
ini banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan konsep ”Satu Kampung
satu Produk”. Sebagai contoh kilang membuat kerepek, kilang sos dan kilang kraf
tangan. Pengusaha kilang berkenaan dapat
menjual hasil keluaran mereka kepada penduduk kampung dan pengunjung yang lain. Selain itu, mereka
juga boleh memasarkan produk mereka di pasar- pasar malam dan pasar tamu.
Meskipun keuntungan penjualan tidak seuntung mana, namum usaha berterusan di
samping kualiti produk akan membantu meningkatkan jualan khususnya melalui
pelbagai promosi.
Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) di luar bandar juga telah membuka dan memberi peluang
pekerjaan kepada masyarakat luar bandar khususnya penduduk kampung sekitar. Penjanaan
dan peningkatan hasil keluaran bagi industri ini amat bergantung kepada kualiti
dan jumlah pekerja. Sebagai contoh,
kilang pemprosesan kerepek dan hasil laut memerlukan pekerja yang ramai untuk
menjalankan operasinya. Dalam usaha untuk meminimumkan kos serta peningkatan
produktiviti, sudah tentu pengusaha IKS akan memilih para pekerja dalam
kalangan masyarakat setempat. Peluang pekerja juga tersedia untuk para suri
rumah, ibu tunggal, OKU di sekitar kampung berkenaan. Sikap pengusaha IKS yang
prihatin dan mengutamakan khidmat sosial kepada masyarakat setempat akan
mewujudkan perasaan kekitaan terhadap IKS yang diwujudkan di kawasan berkenaan.
Menurut
Nurulhuda Che Abdullah(2009), Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memainkan
peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara. Kadar
pertumbuhan ekonomi yang pesat mungkin tidak akan tercapai tanpa sumbangan dan
sokongan besar IKS. Lebih penting lagi, pertumbuhan sektor pembuatan yang amat
memberangsangkan sejak beberapa tahun kebelakang telah meletakkan IKS sebagai
industri penggerak utama dalam mempelbagaikan aktiviti di sektor ini. Peranan
dan sumbangan ini dijangka menjadi semakin penting dalam mencapai wawasan 2020
dan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara perindustrian. Malah IKS boleh
dijadikan sebagai asas dan pendokong dalam memenuhi hasrat dan cita-cita
wawasan pembangunan ekonomi negara selepas 2020. Pada masa sekarang, sumbangan
dan kepentingan IKS semakin terserlah melalui beberapa bidang seperti jumlah
pertumbuhan,jumlah pekerjaan, nilai keluaran dan harta tetap.
Secara
umumnya, IKS telah membuka banyak peluang pekerjaan, sumbangan dalam meningkatkan
jumlah pendapatan negara dan menjimatkan tukaran wang asing, mewujudkan
distribusi pendapatan yang lebih baik, membantu dalam melahir dan meningkatkan
kemahiran di kalangan tenaga kerja samada pada peringkat pengurusan atau
membantu memindahkan teknologi asing. IKS mampu menggunakan tenaga buruh secara
intensif dalam teknik pengeluaran mereka berbanding dengan firma-firma besar.
Ini dapat membuka peluang pekerjaan yng lebih banyak dalam beberapa fungsi
pengeluaran dalam operasi IKS. Apabila IKS menggunakan jumlah kapital yang jauh
lebih rendah berbanding dengan firma besar,jumlah dan bilangan pekerja secara
langsung lebih ramai bagi setiap ringgit yang dilaburkan. Kelebihan dalam
kaedah pengeluaran ini ialah mereka dapat mengurangkan atau meminimakan kos
pengeluaran dan seterusnya bersaing dengan firma-firma lain di pasaran terbuka.
Kegiatan
IKS secara tidak langsung dapat meningkatkan jumlah tabungan dalam ekonomi
negara. Dalam kebanyakan opersasi industri kecil di luar bandar, sejumlah besar
kewangan dan modal datangnya daripada pemilik sendiri. Terdapat juga modal yang
disumbangkan oleh ahli keluarga,relatif atau kawan, di samping rakan perniagaan
mereka. Kepentingan dan peranan IKS dapat dillihat dari segi pengagihan
pendapatan dalam kalangan penduduk.
Selain
itu, IKS juga mempunyai kepentingan dan berperanan sebagai tempat latihan dalam
pelbagai kemahiran untuk pekerja, pengusaha. Mereka dapat membina latihan dan
pengetahuan yang berguna mengenai selok belok operasi perniagaan. Melalui modal
yang kecil sahaja, IKS dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada ahli
keluarga,jiran dan penduduk sekitar mereka. Peluang pekerjaan ini sudah tentu
dapat memberi dan menyediakan latihan dan kemahiran yang berguna kepada diri
mereka sendiri di samping pekerja yang terlibat. Selain itu, majoriti pengusaha
IKS mempunyai kelulusan rendah, melalui IKS mereka dapat menerima latihan yang
akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka nanti. Justeru itu, melalui
penyertaaan dalam IKS mereka bukan sahaja mendapat latihan, tetapi juga dapat
meningkatkan pengalaman latihan dan kemahiran tersebut. Latihan dan kemahiran
yang dapat diperolehi dalam IKS juga tidak terhad kepada satu-satu bidang
operasi. Kaedah pengeluaran yang lebih menekankan intensif tenaga buruh dalam
IKS dan ketiadaan pengkhususan bidang kerja yang tetap dan jelas menyebabkan
ramai pekerja dapat menimba latihan dan kemahiran tersebut dalam pelbagai
fungsi dan bidang operasi.
IKS
juga memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dengan mewujudkan,
mengembangkan dan mengukuhkan lagi struktur asas pembangunan industri negara.
Hasil daripada kepesatan IKS terutamanya dari luar bandar membolehkan struktur
pembangunan industri negara lebih kukuh lagi. IKS boleh digunakan sebagai
alternatif penting bukan sahaja dalam usaha memperkukuhkan struktur asas
industri negara yang lebih baik dan terjamin, tetapi juga dapat mengurangkan
peranan syarikat gergasi antarabangsa. IKS juga dapat mewujudkan industri
pelengkap kepada keperluan dan pembangunan industri negara. Hai ini penting kerana negara kita memerlukan
kepelbagaian dalam sektor industri. Penglibatan IKS luar bandar yang aktif
dalam pelbagai sektor membolehkan asas industri yang mantap dan kukuh .
5.0
Halangan
Dan Cabaran Industri Kecil Dan Sederhna(IKS) Luar Bandar
Menurut
kajian yang dilakukan oleh Suhaila Nadzri et al (2014), menunjukkan amalan pengurusan
kewangan pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di luar bandar masih di
tahap tidak memuaskan. Aspek pengetahuan dan kemahiran pengurusan keusahawanan
merupakan kelemahan utama usahawan bumiputera luar bandar. Malah pengurusan
kewangan yang tidak baik dapat memisahkan antara pemilikan peribadi dengan
entiti perniagaan sehingga sanggup mengeluarkan dan menggunakan wang tunai dan
barang niaga untuk kegunaan diri sendiri dan keluarga tanpa membuat sebaran
catatan.
Menurut
Hanafi Timan (2013), halangan dan cabaran utama yang dihadapi oleh
pengusaha-pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar adalah
seperti :
i.
Masalah modal dan pembiayaan. Ini timbul
akibat daripada pihak bank yang kurang
berminat untuk memberi pinjaman kepada usahawan-usahawan IKS luar bandar kerana
majoriti mereka tiada cagaran yang kukuh dan status kewangan yang meragukan.
ii.
Produktiviti dan teknologi yang rendah kerana
kekurangan tenaga buruh yang mahir dan tidak mampu menyediakan latihan kepada
pekerja-pekerja mereka.
iii.
Kekurangan bahan mentah juga antara halangan
yang dihadapi oleh usahawan IKS luar bandar. Kekurangan modal telah menghadkan
kemampuan mereka untuk memasarkan produk.
iv.
Masalah pasaran juga timbul akibat daripada
pengurusan yang kurang cekap, berteknologi rendah dan kurang inovasi dalam
kalangan pengurus dan pekerja IKS tersebut.
v.
Usahawan-usahawan IKS luar bandar juga
menghadapi masalah lokasi, di mana lokasi yang terpencil di luar bandar
kebanyakannya tiada kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air
bersih. Kebanyakan lokasi IKS luar bandar adalah menggunakan rumah kediaman
mereka sendiri sebagai kilang pengeluar dan sudah tentu lokasi ini kurang
sesuai dengan pusat pengeluaran.
vi.
Usahawan IKS luar bandar juga menghadapi atau
gagal menjalinkan hubungan langsung dengan industri berat. Ini berlaku kerana
kegagalan memenuhi kontrak atau tidak mendapat subkontrak kerana kualiti barang
dan produktiviti yang rendah . Keadaan ini telah menjejaskan hubungan kedua-dua
industri tersebut.
6.0
Sistem
Sokongan IKS Luar Bandar
Disebabkan oleh keperluan untuk bergantung
kepada permintaan domestik dan industri yang berorientasikan domestik untuk
pertumbuhan ekonomi negara telah bertambah, kerajaan akan terus memberi satu
sistem sokongan kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi menguatkan lagi
industri ini khususnya di luar bandar dengan memperkenalkan langkah-langkah
sokongan baru. Ini juga bertujuan untuk merasionalkan usaha yang telah ada
untuk membangunkan lagi satu sistem sokongan yang mampan. Antara langkah yang
telah dikenal pasti adalah(Bank Negara Malaysia, 2009) :
i.
Memperbaiki sistem sokongan institusi
ii.
Memudahkan ketrampilan kepada pembiayaian
iii.
Menaik taraf kemahiran teknologi
iv.
Mempertingkatkan akses pasaran
v.
Menggalakkan pengunaan ICT yang lebih banyak
vi.
Menambahkan kesedaran penjenamaan produk dan
hak perlindungan harta intelek.
Dalam menggalakkan dan menaik taraf IKS luar
bandar di bawah Masyarakat Perdagangan dan Bumiputra(BCIC) usaha akan
dipertingkatkan lagi untuk membantu usahawan bumiputera luar bandar memperbaiki
kemahiran mereka dalam bidang pengurusan perniagaan, ICT,R&D, pembangunan produk
dan pemasaran . Selain itu, mewujudkan hubungan strategik dengan usahawan bukan
bumiputera.
Bagi membolehkan IKS luar bandar menembusi
pasaran yang lebih tinggi, usaha untuk mempertingkatkan daya saing mereka akan
digiatkan. Konsep satu daerah satu industri merupakan sokongan oleh kerajaan ke
arah mempertingkatkan penggunaan teknologi dalam perniagaan mereka.
7.0
Langkah-Langkah
Mendorong Pembangunan IKS Luar Bandar
Pelbagai langkah yang diambil bagi
membangunkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Di antaranya adalah penubuhan
Pelan Induk Perusahaan Kecil dan Sederhana 2012-2020. Melalui pelan ini,
kerajaan merancang dan berhasrat untuk melahirkan lebih banyak syarikat baru
dalam lanskap industri khususnya IKS di luar bandar. Melalui pelan ini,
kerajaan cuba mempromosikan usahawan IKS luar bandar yang berpotensi untuk
diketengahkan ke peringkat antarabangsa. Perbadanan Pembangunan Perdagangan
Luar Malaysia (Matrade) merupakan salah sebuah agensi kerajaan yang
mempromosikan usahawan IKS ke peringkat antarabangsa (Hanafi Timan,2013).
Perkembangan postif dalam industri IKS luar bandar dalam meneroka peluang
pasaran pada peringkat global memberikan gambaran bahawa perancangan yang
disasarkan dalam Pelan Induk PKS 2012-2020 yang menggariskan matlamat mencapai
sumbangan sektor berkenaan dapat direalisasikan.
Berdasarkan maklumat daripada SME Corp.
(Aisyah Syahidah,2014), lebih 88 peratus syarikat dalam IKS telah diluluskan
pembiayaannya oleh institusi perbankan. Selain itu, pelbagai bantuan disalurkan
kepada IKS bagi meningkatkan keupayaan syarikat ,termasuk penjenamaan semula,
pembungkusan produk yang lebih menarik serta bantuan kursus kemahiran bagi
meningkatkan tahap kecekapan usahawan IKS luar bandar untuk meneroka pasaran
yang lebih tinggi lagi. Sejumlah 133 porgram dilaksanakan oleh kerajaan pada
tahun 2014, dengan komitmen kewangan hampir RM 7 bilion untuk memanfaatkan
kira-kira 484 ribu peserta IKS seluruh negara. Di samping itu kerajaan turut
berganding bahu dengan sektor swasta bagi menjalankan 21 program yang menelan
belanja sebanyak RM6.3 bilion, terutamanya dalam bidang akses kepada
pembiayaan. Secara keseluruhannya, sejumlah 154 porgram pembangunan IKS
dilaksanakan pada tahun 2014 dengan komitmen kewangan berjumlah RM13.3 bilion.
Menurut Suhaila Nazri (2014), beberapa
langkah yang telah di ambil bagi mendorong pembangunan IKS di luar bandar
adalah seperti berikut :
i.
Program Rantaian Industri (ILP) yang
merupakan porgram pembangunan vendor yang diperkenalkan untuk membekalkan
komponen kepada syarikat yang lebih besar.
ii.
Program Penyelidikan dan Pembangunan
(R&D) yang telah dianjurkan oleh badan tertentu seperti SIRIM, MARDI dan
MPOB bagi membantu IKS mencapai piawaian yang tinggi seperti yang telah
ditetapkan oleh kerajaan. Ini bertujuan bagi menjamin kualiti produk
pengeluaran mereka setanding dengan syarikat antarabangsa.
iii.
Program Pembangunan luar bandar dan
infrastruktur yang telah dilakukan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar
melalui agensinya seperti MARA. Inisiatif ini turut menyediakan kemudahan infrastruktur
seperti taman perindustrian dan unit kilang untuk usahawan luar bandar.
8.0
Rumusan
Secara keseluruhannya, berdasarkan pandangan
dan perbincangan ini dapatlah di rumuskan bahawa Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) merupakan perkara penting yang harus diambil perhatian semua pihak. Usaha
dan perancangan yang telah dilakukan oleh kerajaan tidak mencukupi jika tiada
kesungguhan dari pihak usahawan IKS sendiri terutamanya dari luar bandar. Di
samping itu, penduduk setempat terutamanya orang kampung harus memberi
kerjasama dan galakan kepada usahawan-usahawan IKS ini kerana mereka adalah
golongan yang paling rapat dan dekat dengan usahawan ini. Berdasarkan beberapa
pandangan dalam perbincangan terdahulu telah mendapati terdapat dua faktor
utama iaitu faktor dalaman dan faktor luaran yang mempengaruhi kejayaan atau
kegagalan IKS luar bandar di Malaysia. Faktor dalaman ini meliputi ciri-ciri
keusahawanan dan orientasi keusahawanan, serta pegangan atau ketaatan kepada
agama. Manakala faktor-faktor luaran pula meliputi kemahiran
pengurusan,pengalaman pengurusan dan industri,perancangan dan keadaan
ekonomi,hubungan sosial, jaringan dan pemasaran serta bantuan dan sokongan
kerajaan.
Semua faktor-faktor ini perlu diberikan
perhatian yang sewajarnya oleh usahawan IKS luar bandar sekiranya mereka ingin
lebih berjaya dalam sektor ini. Mereka juga perlu mempunyai sikap yang tidak
mudah putus asa, poraktif, keyakinan diri yang tinggi, inovatif untuk lebih
berjaya. Di samping itu mereka perlulah membaiki kemahiran pengurusan, menimba
pengalaman sebanyak mungkin dan perlulah mempunyai perancangan dan ilmu
kewangan. Usahawan IKS luar bandar juga harus mewujudkan jaringan sosial dan
kerjasama yang kukuh di kalangan rakan perniagaan dan masyarakat.
Bantuan dan sokongan daripada kerajaan masih
lagi diperlukan dan signifikan dalam memyumbang kepada kejayaan IKS luar bandar
di Malaysia. Justeru itu, bantuan sokongan serta polisi dasar yang dijalankan
oleh kerajaan sebelum ini melalui agensi-agensi yang berkaitan terutamanya
peranan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah perlu diteruskan dan
dibuat penambahbaikan selaras dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan
ekonomi bumiputera.
Sekiranya perkara-perkara ini sama-sama
diambil peduli oleh semua pihak, tidak mustahil Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) terutamanya di kawasan luar bandar mampu berkembang dan seterusnya menjadi
penyumbang utama kepada pendapatan negara.
No comments:
Post a Comment